Friday 21 March 2014

Izinkan Aku - Buttercry



Extra info. on Buttercry before we continue with their song IZINKAN AKU.Keningau Indie Band: "Buttercry" dan "Music" adalah satu dan masih baru!!!

Biography
Berkawan bukan sekadar kawan tetapi seperti saudara kandung.. Begitulah terciptanya nama "BUTTERCRY" yang bermaksud Rama-rama menangis. Pada mula terciptanya band atau kumpulan Buttercry,"Kendey dan Apik" telah menjadi kawan sejak di sekolah menengah iaitu pada tahun 2008 sehingga sekarang. Kendey dan Apik telah merancang untuk menubuhkan band dan Kendey menjemput kawannya iaitu "Awan" untuk bermain di posisi dram.. Lalu pada masa itu juga, Viewan pun telah di ajak oleh Kendey untuk bermain Bass..

Muzik sememangnya sebati dalam jiwa manusia tidak mengira peringkat umur.. Jadikan hidup selalu indah walau senang atau susah dengan hati yang kaya bunyi-bunyian, kerana bernyanyi atau bermuzik yang lahir dari hati, kesannya akan hinggap melekat ke telinga pendengar sehingga menyentuh jiwa kita semua..

Band Interests:
Respect, Sacrifice, Caring, Belief, Softness, Godhead & Devotion.

Band Members:
Apik - @Vocal
Kendey - @Guitar
Viewan - @Bass
Awan - @Drum

Influences: Coldplay, Radiohead, Muse, Nidji, Panic At The Disco, Bunkface, The Beatles, Cast, The Verve, Snow Patrol, Oasis, Rialto, Suede, Keane, British Sea Power, Pemuzik Tanah Air Malaysia & Lovely Parents & Friend..

Video:  Izinkan Aku - Buttercry



Lirik: Izinkan Aku - Buttercry

Tak pernah aku kelilingi dunia,
Tak pernah aku rasai cintamu,
Hidup kosong yang selalu ku temui,
Tapi aku selalu kuatkan hatiku,

Yakinkan diriku untuk hadapinya,
Bantui aku dengan kata yang bermadah,
Agar diriku tidak ke jalan yang salah,
Mendampingi jiwaku dan selalu menyanyi,

Izinkan dirimu hadapi rintangan dunia,
Berlari dengan gembira dengan,
Doa dan cinta,

Yakinkan aku untuk hadapi semua yang ada,
Bantui aku dengan kata yang tercipta,
Semua,

Izinkan aku hadapi,
Rintangan duniamu,
Berlari dengan gembira,
Dengan doa dan cinta,
Izinkan aku hadapi,
Rintangan duniamu,
Berlari dengan gembira,
Dan doa dan cinta,

Oo.. Cinta aku dengan dia,
Selalu,

Disclaimer: Lirik dan muzik video Izinkan Aku - Buttercry yang disediakan atau dipaparkan diblog ini adalah sekadar berkongsi info. serta tujuan rujukan dan pendidikan,segala lirik lagu dan muzik video yang dikongsikan di laman "Kami Bah Ini" adalah hakcipta/hakmilik dari pengarang,komposer,artis dan label@produksi musik yang berkenaan. Jika Anda suka dengan lirik lagu Izinkan Aku - Buttercry dan video klip nya, dapatkan album serta singel tersebut melalui saluran yang betul dan pastikan anda mendapatkan yang ORIGINAL sebagai tanda sokongan anda untuk industri muzik kita. Segala sumber-sumber muzik video ini diperolehi dari YouTube.

No comments:

Post a Comment